05/03/2014

Program Kitar Semula Alor Gajah


ALOR GAJAH – Jabatan Kebersihan dan Kesihatan, Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) telah melaksanakan Program Kitar Semula Sektor Perniagaan dengan mendapat kerjasama daripada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam  (PPSPA). 

Yang Dipertua MPAG, Murad Husin berkata, program ini bagi meminimakan sisa dan  meningkatkan kitar semula, kita mahukan para peniaga mengurangkan penghasilan sisa pepejal yang dibuang dan seterusnya menjimatkan kos pelupusan sisa pepejal.

“Sebenarnya, program sebegini dijalankan dengan memberikan kesedaran kepada para peniaga tentang kebaikan dan kepentingan mengitar semula bahan-bahan buangan, kebanyakan situasi bekas-bekas terpakai digunakan semula sebagai pengganti terhadap pembelian produk baru.





Katanya lagi, pada setiap hari Jumaat setiap minggu MPAG akan membuat pungutan barang-barang kitar semula, kita akan membeli barang-barang kitar semula seperti kotak, botol, tin dan sebagainya dari peniaga dengan mengikut kadar harga semasa.

“Dengan adanya program sebegini kita dapat mengelak daripada berlakunya pembuangan sampah yang berleluasa dan dapat mengatasi masalah alam sekitar.

“Kita mengadakan program seumpama ini bagi menggalakan para peniaga menghasilkan barang-barang yang kurang pembungkusan pembelian dengan cara tersebut penggunaan bahan mentah dapat dikurangkan.


“Apa yang kita harapkan dengan pengurangan dalam kos pengeluaran akan menyebabkan jumlah keuntungan yang akan meningkat dengan cara itu ia boleh dialirkan semula kepada pengguna dalam bentuk harga barang yang rendah,” katanya.

No comments: