Majlis
Pelancaran Pelekat Kereta Hibrid dan Elektrik ini merupakan salah satu
inisiatif dan insentif pihak Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) kepada
pengguna kenderaan mesra alam khususnya yang bermastautin di Negeri Melaka.
Pelekat
kereta istimewa ini melayakkan pemohon untuk meletakkan kenderaan mereka tanpa
menggunakan kupon gores di seluruh kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Alor
Gajah sahaja. Ini sekaligus bagi menggalakkan masyarakat yang berkemampuan
untuk menggunakan kenderaan mesra alam pada masa hadapan.
Setiap
permohonan perlulah mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak
Majlis serta mematuhi tempoh masa yang dibenarkan selama setahun bermula pada
tarikh permohonan dibuat.
Dengan
hanya permulaan bayaran sebanyak RM 10.00
pemohon boleh menikmati insentif istimewa ini selama setahun sehingga tarikh
akhir tamat pada 31 Disember 2015.
Nissan Leaf Elektrik |
Honda Jazz Hybrid |
No comments:
Post a Comment