PROGRAM
‘KAMPUNG PULAU SEMUT MEREALISASI HIJAU NEGARA’ MERUPAKAN PROGRAM KERJASAMA
ANTARA PIHAK MPAG DAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) DIBAWAH PROGRAM PEMINDAHAN ILMU (KNOWLEDGE TRANSFER
PROGRAM-KTP).
PROGRAM
INI TELAH DIRASMIKAN OLEH AHLI DEWAN
UNDANGAN NEGERI KAWASAN LENDU, YANG BERHORMAT DATUK HAJI SULAIMAN BIN MD ALI
DAN TURUT HADIR SAMA ADALAH YANG DIPERTUA MPAG, TUAN HAJI ISMAIL BIN HASIM
SERTA PROF. MADYA DR RUSMAWATI SAID
SELAKU KETUA PROJEK UPM DI BAWAH PROGRAM KTP INI.
PROGRAM INI TELAH BERMULA PADA PENGHUJUNG TAHUN 2015 DENGAN KERJASAMA PELBAGAI JABATAN KERAJAAN NEGERI SEPERTI:
a. PERBADANAN TEKNOLOGI HIJAU MELAKA (PTHM)
b. JABATAN ALAM SEKITAR
c. PEJABAT PERTANIAN ALOR GAJAH
d. SW CORP MELAKA
e. KOLEJ KOMUNITI MASJID TANAH
f. PEJABAT DAERAH ALOR GAJAH
DI BAWAH PROGRAM KOMUNITI LESTARI ALOR GAJAH, KAMPUNG PULAU SEMUT MENJADI KOMUNITI PERINTIS PERTAMA DI DALAM DAERAH ALOR GAJAH DAN AKAN DIPERLUASKAN KE KAMPUNG-KAMPUNG YANG LAIN.
OBJEKTIF UTAMA BAGI PROGRAM INI ADALAH UNTUK MENYAMPAIKAN DAN BERKONGSI MAKLUMAT BERKENAAN AMALAN TEKNOLOGI HIJAU DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN YANG AKAN MEMBERI IMPAK KEPADA SOSIAL, EKONOMI DAN ALAM SEKITAR.
SELAIN ITU, PROGRAM INI JUGA BERTUJUAN BAGI MERAPATKAN JURANG PENGETAHUAN ANTARA PENDUDUK BANDAR DAN LUAR BANDAR TERUTAMA YANG BERADA DI KAWASAN KAMPUNG DAN PENDALAMAN AGAR TEKNOLOGI HIJAU DAPAT DIRASAI OLEH SELURUH LAPISAN MASYARAKAT DI NEGERI MELAKA.
ANTARA AKTIVITI-AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN ADALAH:
a. TAKLIMAT KESEDARAN TEKNOLOGI HIJAU
b. TAKLIMAT KITAR SEMULA DAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL OLEH SW CORP MELAKA
c. TAKLIMAT PROGRAM BIODIESEL MELAKA OLEH PERBADANAN TEKNOLOGI HIJAU MELAKA (PTHM)
d. TAKLIMAT PENGHASILAN EFFECTIVE MICROORGANISM (EM) & BOOKASHI OLEH KOLEJ KOMUNITI MASJID TANAH
e. TAKLIMAT PELUPUSAN BARANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK OLEH JABATAN ALAM SEKITAR
f. PENGHASILAN BAJA ORGANIK OLEH JABATAN PERTANIAN ALOR GAJAH
g. PENUKARAN LAMPU JIMAT TENAGA
h. PEMASANGAN LAMPU BERTEKNOLOGI SURIA
i. TAKLIMAT ‘PROGRAM MELESTARIKAN EKONOMI HIJAU BERSAMA KOPERASI’ KEPADA PENDUDUK KAMPUNG
j. BENGKEL GREEN PROCUMENT
KEJAYAAN DAN PENCAPAIAN PROGRAM INI DI KAMPUNG PULAU SEMUT AKAN MENJADI PENANDA ARAS TERBAIK BAGI PROGRAM-PROGRAM SETERUSNYA DI KAMPUNG YANG LAIN.
No comments:
Post a Comment