Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) telah menerima anugerah
antarabangsa teknologi hijau iaitu Anugerah International Green Apple Awards
For Environmental Best Practice And Sustainable Development 2014 menerusi The Green Organisation
yang berpusat di London, United Kingdom.
Penyerahan anugerah tersebut telah disampaikan oleh Encik
Michael Cooke, pengerusi panel penilaian pertandingan kepada
Yang Dipertua MPAG, Datuk Haji Murad Bin Haji Husin di The House Of Commons,
London, United Kingdom.
MPAG mempertaruhkan projek Alor Gajah Municipal Council Green Technology Initiative yang
meliputi keseluruhan pembangunan dan inisiatif teknologi hijau di pelbagai
peringkat lapisan masyarakat dan sektor-sektor utama di kawasan pentadbiran
MPAG.
No comments:
Post a Comment