05/02/2014

Majlis Ringkas Pelancaran Bekas Makanan Mesra Hijau Sempena Kempen Sifar Polistirena & MPAG Ke Arah Sifar Beg Plastik

4hb Februari 2014

      Majlis ringkas Pelancaran Bekas Makanan Mesra Hijau Sempena Kempen Sifar Polistirena dan juga MPAG Ke Arah Sifar Beg Plastik di Kafetaria MPAG telah disempurnakan oleh Yang Dipertua MPAG, Tuan Haji Murad Bin Haji Husin dengan disaksikan oleh Pengarah Perancang Bandar, Encik Saifuddin Bin Abdul Karim, ketua-ketua jabatan dan unit MPAG serta seluruh warga kerja MPAG.
 

      Pihak Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) telah bersetuju untuk melaksanakan dua (2) siri kempen Amalan Teknologi Hijau yang telah dirancang seperti berikut:

a. Kempen Sifar Polistirena
Pengharaman penggunaan bekas makanan diperbuat daripada polistirena dengan kaedah alternatif menggunakan produk mesra hijau yang lebih selamatTempoh pelaksanaan akan bermula pada 1 Februari 2014.

b. Kempen MPAG Ke Arah Sifar Beg Plastik
Pengurangan kebergantungan kepada beg plastik dalam pembungkusan makanan dengan melaksanakan hari tanpa beg plastik mengikut jadual yang telah ditetapkan. 




Kempen ini bertujuan untuk memberi kesedaran pada semua staf dan pegawai MPAG tentang kepentingan pengharaman penggunaan produk polistirena dan pengurangan kebergantungan kepada beg plastik secara menyeluruh. Di samping itu juga kempen ini bertujuan untuk memelihara alam sekitar dan ekosistem negara yang semakin tercemar.

Melalui kempen dan langkah-langkah pelaksanaan yang diadakan ini, pihak Majlis berharap akan menjadi contoh yang terbaik kepada komuniti-komuniti masyarakat  dan peniaga di luar sana ke arah melestarikan kehidupan melalui amalan Teknologi Hijau.


JADUAL PELAKSANAAN KEMPEN MPAG KE ARAH SIFAR BEG PLASTIK




Bil
Bulan
Tahun
Hari Tanpa Beg Plastik
1
1hb Febuari - 30hb April
2014
Setiap hari Jumaat
2
1hb Mei - 31hb Julai
2014
Setiap hari Isnin & Jumaat
3
1hb Ogos - 31hb Oktober
2014
Setiap hari Isnin, Khamis & Jumaat
4
1hb November - 31hb Januari
2014/2015
Setiap hari Isnin, Selasa, Khamis & Jumaat
5
1hb Febuari - Seterusnya
2015
Setiap hari Isnin hingga Jumaat

No comments: