PROGRAM HIJAUKAN BUMIKU ALOR GAJAH SEMPENA FESTIVAL
JEMPUTAN SUNGAI MELAKA 2013 yang telah diadakan pada 7
September 2013
yang lalu merupakan aktiviti penanaman pokok rhu pantai serta program gotong-royong yang melibatkan beberapa agensi kerajaan, swasta, NGO dan masyarakat setempat.
Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Ar Hj. Ismail Bin Hj. Othman selaku ADUN kawasan Kuala Linggi yang juga merangkap Pengerusi Exco Kerajaan Tempatan
dan Alam Sekitar Negeri Melaka. Beliau menggantikan YAB Ketua Menteri Melaka
yang tidak dapat hadir kerana mempunyai ketentuan yang tidak dapat dielakkan.
Objektif utama program ini adalah bagi menyemai semangat dan cintakan alam semulajadi khususnya penduduk sekitar kawasan Alor Gajah. Selain itu, untuk memberi kesedaran tentang kitaran ekosistem dalam kehidupan harian bagi mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (GHG) di dalam persekitaran akibat pemanasan global.
Yang Berhormat Datuk Ar Hj. Ismail Bin Hj. Othman selaku ADUN kawasan Kuala Linggi
YB ADUN Bersama YDP MPAG Datuk Abu Bakar Bin Abdul
No comments:
Post a Comment