Majlis Perbandaran Alor Gajah dengan kerjasama Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) serta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) berjaya mengadakan majlis pelancaran logo teknologi hijau Melaka dan Program Biodiesel Melaka peringkat aderah Alor Gajah.
Majlis ringkas tetapi meriah itu disempurnakan oleh Yang Dipertua MPAG iaitu Datuk Abu Bakar Bin Abdul bersama-sama Setiausaha MPAG, Ahli-Ahli Majlis MPAG, ketua-ketua jabatan serta unit yang hadir selepas selesai menghadiri mesyuarat penuh MPAG.
Logo Teknologi Hijau direka oleh pegawai di Jabatan Perancang Bandar Encik Sulaiman Bin Abdullah yang berinspirasikan warna teknologi hijau dan daun sebagai elemen utama logo. Logo ini akan manjadi simbolik kepada pelbagai aktiviti teknologi hijau yang akan dilaksanakan kelak.
Di dalam sidang akhbar, YDP MPAG turut mensasarkan kutipan sebanyak 1 tan sebulan bermula suku kedua tahun 2014 dengan mempertingkatkan pelbagai aktiviti-aktiviti yang berkaitan.
No comments:
Post a Comment